
Sulit
5 tahun
Sukar hamil atau ada masalah lain
Saya 28 tahun sudah mendirikan rumah tangga selama 3 tagun tetapi belum dikurniakan anak lagi. Period regular 28 hari kadang je 27hari… tetapi selalunya 28 hari. Adakah disebabkan tahap kesuburan xsihat atau sperma xmatang.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.