ermayanikassim90
4 tahun
Sukar hamil selepas berhenti mengambil suntikan perancang
Saya wanita berumur 29 thn.sya sukar hamil setelah berhenti mengambil suntikan perancang keluarga.sebelum ini saya menggunakan pil perancang keluarga setelah mendapat nasihat nurse saya menukar untuk mengambil suntikan selama 6 buln selepas 6 buln saya berhenti mengambil suntikan tersebut atas faktor2 tertentu.sekarang saya ingin hamil kembali.anak sya yg sulung brumur 4thn.macam2 kaedah saya sudah cuba ttpi tetap saja saya gagal hamil.mohon doktor bg pencerahan atau saranan untuk saya ikhtiar hamil.tq dok…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Bagi memudahkan kehamilan, anda dan pasangan anda disarankan:
- Makan makanan yang berkhasiat
- Makan asid folik
- melakukan hubungan pada waktu kesuburan iaitu 14 hari setelah haid. Setiap 2 hari selama seminggu dan bukannya pada setiap hari.
- tingkatkan berat badan jika anda terlalu kurus
- tidak melakukan aktiviti berat secara berlebihan.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda telah mencuba selama setahun dan sebanyak tiga kali seminggu serta masih tidak berhasil, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.