
Sulit
4 tahun
Sukar hamil selepas mengambil pil hormon cina 4 tahun lepas
Dahulu saya ada mengambil pil hormon cina bertujuan untuk membesarkan payudara…tetapi payudara tetap tidak membesar…sebaliknya sekarang kesannya saya sukar hamil…dah hampir 4 tahun lepas saya mengambil pil tersebut…soalan saya…apakah yg saya harus lakukan untuk kembali hamil semula…

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.