
shah6227
5 tahun
Sukar hendak tidur dan perut kerap kembung
lelaki 35thn,sejak 5-6hari lepas apabila sy hendak lelap tekak terasa macam tersangkut, kadang2 ia menganggu ketika sy tgh tidur dan sejak itu perut sy kerap kembung, adakah ini ada kena mengena dgn kerisaun dan stress

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih