
haiza273
5 tahun
Sukar kentut dan sakit perut di sebelah kiri
Dr, saya baru lepas bersalin anak kedua secara c-sect kerana poor progress. Skrg hari ke 33. Masalah sy skrg ialah sy berasa sakit di bahagian dalam perut sebelah kiri. Sy mengalami sembelit dan susah kentut. Adakah ini punca kesakitan? Saya ada beberapa kali berjumpa doktor di klinik swasta dan kerajaan. Dr beri sy ubat lactulose untuk memudahkan sy buang air besar. Sakit selalunya bermula dari bawah. Sekiranya beberapa hari tak buang air besar, sakit tu berpindah ke atas. Sakit perut ketika berjalan atau berdiri. Bila saya dapat buang air besar, sakit berpindah semula ke bawah perut. Keadaan ini menyukarkan sy untuk mengurus diri dan anak-anak. Apa lagi yg boleh sy lakukan? Adakah benar, sakit yg saya alami ini akibat sukar berak dan sukar kentut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Pertama sekali, tahniah kerana anda baru sahaja menimang cahaya mata.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya daapti anda telah berjumpa dengan doktor bagi mengajukan masalah anda. Sejujurnya, konsulatasi dengan doktor adalah lebih baik dari dengan pihak kami kerana maklumat yang kami ada mengenai masalah serta kesihatan anda tidak mencukupi dan apa yang boleh kami lakukan adalah sangat terhad.
Oleh itu saya tidak boleh memberi kesimpulan sama ada sakit yang anda alami itu akibat sembelit atau sebab lain. Namun oleh kerana doktor di hospital mengesahkan bahawa sakit itu disebabkan oleh sembelit, saya cadangkan anda untuk banyak mengambil makanan serat seperti sayur, buah-buahan, oat dan yogurt bagi membantu anda.
Namun begitu, sekiranya anda mengalami sakit pada bahagian luka cesearen, muntah, pitam atau sakit anda berlanjutan dan semakin parah saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.