Sulit
2 tahun
Sukar membuang air besar kerana merasa sakit pada bahagian buntut
Saya sering takut untuk membuang air besar kerana terasa sakit pada bahagia buntut & pedih bila disiram dengan air
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan mengenai masalah kesukaran untuk membuang air besar kerana terasa sakit pada bahagian dubur.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya sakit pada dubur terutamanya apabila membuang air besar, antaranya termasuk:
- Buasir
- Sembelit atau disebabkan najis yang keras
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.