
Sulit
4 tahun
Sukar menulis dengan laju dan sukar menulis beberapa huruf dengan betul
hi doctor,saya khairul,saya pelajar ipta,tapi saya perasan semenjak saya di form 3,saya mengalami kesukaran untuk menulis,saya menulis agak perlahan da sukar untuk menulis certain words like “s” “o” dan “p”,saya selalu lambat menyiapkan kerja dan saya sangat stress,saya cuba untuk menulis dengan laju tetapi tak boleh,hanya huruf depan sahaja boleh ditulis dan dibelakang akan stop menulis ,please help me doctor bfor saya intern di hosp nanti :

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala ini. Ia boleh berpunca daripada masalah saraf, otot atau daripada otak anda atau masalah psikologi. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar agar pemeriksaan lanjut boleh dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.