
Sulit
4 tahun
Sukar relax dan selalu brfkir hndk mati
Sy wnita 21 thun,sy mengalami sukar relax,sy juga sering merasa cemas yg brlebih sehingga brfkir hndk mati dsertai loya dan mual.apakah pnyakit yg sy hdapi doctor?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu fikiran yang membayangkan hendak meti dan cemas.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- OCD
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Sekiranya anda masih mempunyai kecederungan untuk membunuh diri anda, anda boleh klik pada link ini ataupun menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini. Terima kasih.