
Sulit
3 tahun
Sukar tidur malam kerap sakit kepala dan fikiran selalu beceraru
saya seorang wanita berumur 34 tahun saya sukar tidur di waktu malam kerap sakit kepala hati rasa berdebar kaki tangan rasa kebas kebas. di siang hari saya tidur hanya 1 atau 2 jam sahaja saya seorang suri rumah sepenuh masa mempunyai anak 4 orang

3 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Daripada kenyataan yang diberikan ,kami memahami bahawa anda mengalami simptom-simptom seperti kerap sukar tidur dan sakit kepala,jantung berdebar-debar dan tangan dan kaki kebas.
Kami memahami kebimbangan anda dan harap jawapan kami dapat membantu.
Sukar tidur boleh disebabkan oleh beberapa masalah,
antaranya adalah,
Stres dalam kehidupan harian
Jadual kerja yang menggangu masa tidur
Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Kekerapan sakit kepala mungkin kerana
tekanan
sakit kepala berkelompok
migrain
masalah saraf
Keradangan pada salur arteri kepada muka
Masalah sekunder lain yng boleh membawa kepada masalah ini merupakan seperti berikut,
Jangkitan kuman
Tekanan darah tinggi
Keradangan sinus
Pendarahan
Jantung berdebar-debar pula boleh disebabkan pelbagai jenis masalah ,diantaranya
Senaman berat
Kafein
nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
Tekanan
Kebimbangan
Ketakutan
Panik
Dehidrasi
Perubahan hormon, termasuk kehamilan
Keabnormalan elektrolit/”electrolyte abnomalities”
Gula darah rendah
Anemia
Tiroid yang terlalu aktif, atau hyperthyroidism
Tahap rendah oksigen atau karbon dioksida dalam darah
Kehilangan darah
Oleh yang demikian simptom-simptom fizikal seperti yang tertera dan lain-lain mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Untuk mengetahui diagnosis sebenar anda,seseorang doktor pakar perlu mengambil tahu beberapa perkara lain serta membuat pemeriksaan fizikal untuk memeberikan anda penerangan lebih lanjut dan spesifik kepada anda.
Ini juga amatlah penting jikalau anda ingian memulakan rawatan dan mengatasi simptom- simptom yang tertera.
Oleh yang demikian ,anda disarankan untuk menghubungi doktor pakar kami agar kami dapat membantu anda secepat mungkin.
Kami berharap anda akan menhubungi kami untuk penerangan lebih lanjut serta untuk konsultasi peribadi atas talian di laman sesawang kami.
Kami berharap jawapan kami memberikan manfaat dan penerangan yang teliti kepada anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri