
Sulit
4 tahun
Sukar tidur & senggugut teruk hari pertama haid
1)Saya seorang pelajar . Buad masa ni saya ada di rumah dan saya tak boleh tidur pada waktu malam. Saya selalunya akan tertidur selepas subuh. Kadang tu bila mengantuk tapi still tak boleh tidur. Saya student and tak lama lagi nak masuk hostel untuk sambung belajar jadi saya perlukan waktu tidur yang normal untuk saya ada tenaga semasa belajar . Boleh tak saya ambil ubat tidur dari farmasi untuk stabilkan tidur saya?
2)Saya selalunya akan senggugut teruk hari pertama haid, jadi saya risau saya senggugut masa hari peperiksaan penting nanti . Jadi apa yang boleh saya lakukan doktor? Sebab peperiksaan tu tak boleh tangguh . Mungkin ada ubat yang boleh hilangkan rasa sakit tu masa saya jawab exam ? Harap sangat doktor dapat bantu sebab tak lama lagi saya akan masuk hostel dah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami dan kami akan kupas kedua-dua soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat tidur hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor sahaja.
Anda boleh lakukan perkara ini untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:- Mengelakkan diri dari menggunakan telefon 30 minit atau satu jam sebelum tidur
- Tidur dalam suasana yang selesa dan gelap
- Sekiranya anda memerlukan sesuatu untuk tidur, kami sarankan anda untuk memainkan muzik yang direka khas untuk tidur
- Mandi dan segarkan diri sebelum tidur
Untuk masalah ini, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya punca senggugut anda dapat dicari dan dirawat. Kami tidak dapat memberikan sebarang cadangan berkenaan ubat yang anda perlu gunakan kerana puncanya perlu diketahui terlebih dahulu.
Berikut antara beberapa sebab mengapa anda mengalami senggugut yang teruk semasa datang haid:- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.