
Sulit
3 tahun
Sukar tidur & suicidal thoughts
Hi. Saya berumur 25 tahun, perempuan. Baru baru ini saya ditukarkan department di tempat kerja dan saya tak rasa boleh grow di department baru. Saya cuba mencari pekerjaan baru tetapi gagal. Saya mempunyai masalah dalam family relationship dan saya tak lagi berkongsi apa apa masalah atau meluahkan perasaan dengan mereka atas sebab tak mahu di’judge’ dan sebab tertentu yang lain. Saya selalu deep talk dengan pasangan, tetapi baru baru ini topik perbualan kami adalah mengenai kehidupan kami selepas salah seorang dari kami mati dan pasangan saya figured out yang kawan baik saya boleh menggantikan saya selepas kematian saya kerana kami mempunyai ciri ciri dan personaliti yang sama. Baru baru ini saya kena anxiety attack dan pasangan tidak menghiraukan saya kerana dia asyik berbual dengan kawan baik saya. Saya rasa saya failure, replaceable dan tak ada purpose untuk hidup. Saya kerap minum kopi dan merokok untuk hilangkan rasa tak senang dan anxiety, pasangan saya tidak menegur saya kerana marah saya merokok. Saya kerap terjaga dan tidak lena tidur malam (tidur dalam 2-5 jam sehari), setiap kali terlelap saya nampak diri saya terjun dari bangunan apartment saya. Saya tak pasti adakah ini masalah mental atau cuma perasaan sahaja dan saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda, terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.