Sulit
4 tahun
Sukar untuk bernafas kerana sakit bawah payudara
Saya wanita 15 tahun…biasanya saya akan rasa sakit di bawah payudara dan suksr bernafas…tetapi ianya hanya sekejap…dan apabila saya sapu dgn minyak angin atau panas…ianya akan hilang…macam mana ye?adakak ianya sesuatu yang serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit payudara, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga .

































