Sulit
2 tahun
Sukar Untuk Bernafas Nafas Pendek Dada Berdebar Kahak Tersekat
Saya wanita 24 tahun, saya mengalami sukar untuk bernafas atau nafas pendek hampir 2 bulan lebih. Saya mengalami gejala ini selepas berhenti mengambil ubat dermatologi acnotin 10mg 2bulan dan 20mg selama 2 bulan dan tidak lagi mengambilnya. Kadangkala, dada rasa debar. Dan seperti ada kahak yang tersekat yang memaksa saya untuk menjolok bagi selesa. Apabila saya bangun dari tidur akan mengalami kesukaran bernafas sekaligus menyukarkan keadaan saya untuk beriadah petang. Adakah kesan dari ubat atau sebaliknya? Mohon pencerahan. Terima Kasih
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ketika baring, boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- kesan sampingan ubat
- atau kelainan yang lain
Walau bagaimanapun, antara kesan sampingan yang lazimnya didapatkan pada pengambilan ubat yang anda jelaskan (isotretinoin) termasuk
- gejala hypervitaminosis A
- kulit kering
- silau atau fotosensitiviti
- bibir kering
- loya & muntah
- sakit perut,
- gejala anoreksia
- keradangan gusi atau mata
- depresi
- atau sakit perut.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.