
Sulit
3 tahun
Sukar untuk membuang air besar. Adakah selamat jika bergantung pada ubat sembelit setiap hari?
Hi doc, saya nak tanya pendapat doc. Saya ada satu masalah untuk membuang air besar. Saya dah makan makanan sihat, air masak 3 liter sehari. Tetapi masih sukar untuk membuang air besar. Dan sekarang saya akan bergantung pada ubat sembelit untuk membuang air besar. Adakah ia akan memberi side effect kepada saya? Apa yang perlu saya lakukan doc?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan tanpa mengetahui jenis dan nama ubat sembelit tersebut. Beberapa maklumat juga diperlukan tentang masalah kesihatan anda untuk saya mengetahui sebelum saya boleh memberikan kesimpulan dalam rawatan yang sesuai untuk anda.
Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.