
mohdzamri80
2 tahun
Sukar untuk membuang air besar dan kecil
Saya lelaki berumur 39, 10thn yg lepas sy mengalami sekit perut yg teramat sngt. Sy pergi ke klinik dan berjumpa dgn doktor mengesahkan sy sakit batu karang peringkat awal. Doktor memberikan ubat, 3hr selepas itu sakit nya dh hilang. 8thun slpas itu, sy rasa ada tanda-tanda sakit macam dulu nak datang kembali. lalu saya pergi ke klinik yg sama, mohon buat check psl batu karang sy yg dlu. Sy berjumpa doktor yg sama, dia melakukan urine test dan mengatakan bahawa penyakit batu karang sy dh tiada. Skrng sy nk buang air besar agak sukar, kadang-kadang sampai berpuluh-puluh minit dalam tandas. Bila nk kencing pun kadang-kadang sukar. Bila sy makan, sy lambat untuk sendawa, kadang-kadang sy rasa macam angin dlm badan sy. Soalan sy, situasi yg sy rasa sekarang adakah disebabkan penyakit batu karang ataupun penyakit lain.

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.“Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besarBatu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencingJangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.