
Anonymous
5 tahun
Sukar Untuk Tidur Pada Waktu Malam
Saya seorang perempuan berumur 20 tahun. Saya mengalami masalah susah tidur malam. Saya akan menangis setiap malam. Saya tidak dapat ungkap perasaan apa yang saya rasa. Saya cuba untuk tidur dan saya tidak boleh lakukannya .saya cuba dengar lagu yang menenangkan pada waktu malam. Tapi ia tk berkesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur.Antaranya ialah:
- Stres dalam kehidupan harian
- Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
Berdasarkan simptom simptom yang anda alami ia berkemungkinan besar adalah masalah psikatrik. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan berkongsi masalah bersama teman/keluarga, tenangkan fikiran dan jika masalah ini berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan pakar dalam bidang tersebut untuk rawatan yang selanjutnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih