Anonymous
3 tahun
Sukatan susu untuk bayi berumur 3 bulan
Saya ibu kepada anak lelaki 3 bulan , dia selalu menyusu 3:4 sukatan disebabkan Saya risau dia sembelit dahulu Saya bagi sukatan susu tu lebih kan air , semasa menimbang Saya dapati berat anak Saya menurun, bagaimanakah sukatan susu yg btl until anak Saya kembali berat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dialami oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda adalah amat disarankan untuk memberi susu ibu kepada anak anda sehingga 6 bulan tanpa air.Hal ini demikian kerana ia mengandungi segala zat yang diperlukan untuk perkembangan bayi anda. Bukan hanya itu sahaja pemberian susu ibu mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu dan bayi
Nmun jikalau anda ingin bersambung dengan pemberian susu formula anda amat disarankan untuk berunding dengan doktor supaya susu formula dengan sukatan yang tepat dapat diberikan dan dapat mengelakkan komplikasi yang lain.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




























