
ariesya_iskandar
5 tahun
Suntikan ATT untuk pesakit sawan
Anak saya berusia 15tahun dan di sekolah bakal ada suntikan ATT… anak saya pernah mengalami sawan pada waktu kecil… Sejak kebelakangan ini, dia mengalami sentakan tangan di sebelah kanan yang menyerupai seperti sawan kecil dan akan ada sesi bertemu doktor neurologi pada akhir bulan 2 2020…
Soalan saya, adakah anak saya selamat untuk mengambil suntikan ATT sedangkan beliau disyaki mengalami sawan sebelah badan? Kerana saya membaca di Google, org2 yg berisiko bahaya untuk pgambilan ATT adalah pernah kena sawan dan golongan saraf yang tak normal… Bantu kekeliruan saya, doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika sawan yang anak anda alami disebabkan oleh vaksin DtaP yang pernah diambil sewaktu kecil, maka anak anda tidak boleh mengambil ATT sama sekali.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.