
Sulit
4 tahun
Suntikan BCG anak baru lahir
Sy baru shj bersalin pada awal Oct yg lepas. Hari semasa sy discharge, nurse di SCN beritahu tiada catitan mengenai bahawa anak sy telah mendapat suntikan BCG dibuku anak, lalu nurse telah memberi surat keciciran utk dibawa kehospital yg terdekat semasa sy berpantang. Semasa dikampung, sy telah membawa anak kehospital terdekat utk mendapatkan suntikan. Baru baru ni, selepas sy periksa, sy dapati ada 2 benjolan pada tangan anak. Soalan sy, mungkinkah nurse diwad antenatal terlupa mencatit pemberian BCG dibuku anak sy walhal suntikan sudah diberi? Kedua, adakah mudarat bahaya jika anak sy telah menerima dua suntikan BCG? Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Mengenai masalah anda, kami tidak berapa jelas mengenai dua benjolan yang terdapat pada tangan anak anda kerana kami tidak tahu adakah ia disebabkan oleh suntikan BCG tersebut ataupun sebab yang lain.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Cadangan kami adalah anda pergi semula ke tempat di mana anak anda mendapat suntikan tersebut dan dapatkan nasihat doktor atau jururawat mengenai suntikan BCG tersebut.
Jika anda masih mempunyai soalan berkaitan BCG tersebut, anda boleh menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk maklumat dan penerangan yang lebih lanjut. Terima kasih.