
Sulit
4 tahun
Suntikan depo - merancang untuk hamil semula
sy berumur 28 tahun sudah memiliki seorang cahaya mata . sy telah memilih suntikan depo sebagai perancang keluarga pada tahun . Then after setahun sy telah berenti mengambil suntikan tersebut dan kini merancang untuk mengandung semula . tapi sampai sekarang masih tiada tanda mengandung . bulan 06/2018 bersalin anak pertama & start ambil suntikan depo 08/2018. just ambil 3 kali suntikan depo then stop and plan untuk hamil . Period tidak menentu disebabkan suntikan depo tersebut. pada akhir tahun 2019 sy refer pada nurse then dia cuma bagi sy pil oralcon untuk stabil kan period , now period dah ok tapi masih tidak hamil .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita pada biasanya berlaku pada waktu 2 minggu dari hari pertama haid berlaku atau dipanggil mid cycle bagi mereka yang mempunyai kitaran haid 28 hari. Namun ia bergantung kepada tempoh kitaran haid anda. Anda tiada masalah kitaran haid tetapi runsing kerana masih tidak hamil walaupun sudah berhenti suntikan depo.
Sekiranya anda mempunyai masalah kehamilan , ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Senaman yang berlebihan
- Tekanan stress yang berlebihan
- Hormon prolactin yang berlebihan
- Obesiti atau berat badan terlalu ringan
- Penyakit kegagalan ovari pramatang ( Premature ovarian failure )
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Masalah tiroid
- Penyakit menopaus pramatang ( Perimenopause )
- Kanser ovari
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar sakit puan atau doktor fertiliti bagi mengetahui punca masalah susah untuk anda hamil walaupun sudah berhenti mengambil suntikan depo dengan lebih lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.