Sulit
4 tahun
Suntikan depo (perancang keluarga)
Saya wanita berumur 25 tahun. Baru dapat suntikan depo 18/5/2021. Selepas mendapatkan suntikan, berapa lama perlu saya tidak bersama dgn suami?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berkenaan tentang suntikan depo, untuk keberkesanan suntikan ini, cara pemberiannya haruslah tepat. Sekiranya anda menjalani suntikan selama 5 hari pertama waktu haid anda, anda akan segera dilindungi daripada hamil. Manakala, sekiranya anda menjalani suntikan pada hari lain kitaran haid anda samada semasa anda tidak melakukan hubungan seks selama dua minggu berturut-turut (menggunakan kondom 100% sepanjang masa) atau menjalani ujian kehamilan yang negatif, maka anda perlu menggunakan kontrasepsi tambahan, seperti kondom, selama 7 hari.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































