
najihah0311
5 tahun
Suntikan depo utk tempoh lama
saya nak tanya doc.saya suntik depo dah hampir 2 tahun tapi saya nak tanya adakah saya patut berhenti ambil suntikan depo sebab saya ada terbaca suntikan ini akan menyebabkan tulang kita rapuh.betul ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, suntikan depo mempunyai beberapa kesan sampingan dan salah satunya adalah risiko osteoporosis atau tulang rapuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang terutamanya melebihi 2 tahun. Risiko ini lebih tinggi bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah tulang rapuh, merokok atau pengambilan alkohol yang kerap.
Oleh itu, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda mengenai alternatif kaedah perancangan kehamilan yang lain bagi mengurangkan risiko ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.