
Sulit
3 tahun
Suntikan hormon hcg boleh berada dalam badan berapa lama
Hai saya nak tanya , berapa lama hormon hcg boleh berasa dalam badan selepas suntikan? Selepas suntikan saya period . Jadi saya rasa persenyawaan tidak berlaku. Harini hari ke 14 selepas period saya check upt positif tapi samar . Boleh doktor beri penjelasan ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan anda sementara menjalani rawatan suntikan hCG yang khusus, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan fertiliti yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya kandungan hCG yang disuntik akan kekal di dalam sekitar sepuluh hari sebelum ianya disingkirkan daripada tubuh badan. Selain itu, untuk pengetahuan puan juga, lazimnya haid yang normal menandakan tidak berlaku persenyawaan dalam tubuh seseorang wanita.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.