
Sulit
4 tahun
Suntikan kancing gigi
Hi Doc .
Saya tgh pregnant 21weeks , saya berumur 25 tahun dan ini kandungan ke4 saya . Doc rabu lepas saya dapat suntikan kancing gigi , lepas dari suntikan saya mengalami gatal gatal tapi saya tak garu . Hanya sapu-sapu sahaja . Tapi bila check macam makin teruk , di dada depan . Belakang badan . Bahu kiri kanan . Tapi demam , bengkak ke apa saya tiada cuma gatal sahaja sampai naik bintik yang tiada air . Saya ada alergik ubat antibiotic doc . Unasy , ampicilin , amoxycilin , cefuxore ( tak ingat ejaan ) saya dapat alergik ni pada 2019 selepas saya operate bartholin cyst saya . Harap doc dapat jawab . Terima kasih doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, suntikan kancing gigi yang anda maksudkan adalah vaksin tetanus toksoid. Vaksin tetanus terdiri daripada toksin Clostridium tetani yang telah dibuang sifat toksiknya dan bahan adjuvant yang ditambah kepada vaksin untuk meningkatkan tindak balas imun badan. Ianya vaksin yang selamat dan juga ia boleh diberikan bersama vaksin yang lain. Setelah suntikan tetanus, anda mungkin akan merasakan beberapa kesan sampingan, seperti sakit, kemerahan, atau bengkak di kawasan suntikan, demam, dan sakit kepala. Namun, kesan sampingan ini tidak selalu muncul dan boleh hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius (walaupun ianya jarang terjadi), saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor. Antara gejala kesan sampingan yang serius adalah seperti:
- sesak nafas
- kejang
- sembelit
- mual
- muntah
- jantung berdebar-debar
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih