
wanhidayatul91
5 tahun
Suntikan perancang depo 3 bulan
Doc,saya nak tanya berapa hari tempoh paling lewat maksima untuk suntik ulangan depo kalau dah lebih tarikh temujanji… Contoh suntikan sepatutnya 20/1/2020… Tp berapa hari boleh lebih hari dari tarikh tu sebelum nk g sambung suntik semula…3,4 hari ke… Seminggu ke…atau macam mana doktor… Sebab kadang2 ada yang terlupa date untuk ulangan suntik depo tu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara umum, depo ini akan berkesan selama 3 bulan untuk melindungi anda daripada kehamilan. Mengikuti panduan perubatan, seseorang ini sekiranya terlambat, beliau disarankan tidak melebihi 2 minggu daripada hari temujanji yang ditetapkan. Sekiranya melebihi 2 minggu, kemungkinan anda berhamil adalah lebih tinggi selepas hubungan intim.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.