
Anonymous
4 tahun
Suntikan perancang IM-DEPO
Saya berumur 26 tahun. Telah dikurniakan 3 orang anak. Selepas lahirnya anak ke-3, saya telah mengambil suntikan perancang iaitu IM-DEPO kerana merancang untuk tidak mengandung lagi. Sehingga kini, telah memasuki tahun ke-3 saya mengamalkan suntikan itu. Sekarang ini, sy telah pun merasai kesan-kesan sampingan daripada suntikan tersebut. Hal ini menyebabkan saya mahu mengambil beberapa supplement untuk menambahbaik tahap kesihatan saya. Akan tetapi, adakah pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) yang mengandungi GLA & LA di dalamnya akan membolehkan saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda .Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan depo.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Untuk makluman pihak anda, ubat Evening primrose Oil (Epo) biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Melegakan ekzema
- Melegakan sindrom pra-haid
- Digunakan untuk keadaan yang yang melibatkan keradangan seperti artritis reumatoid.
*Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti:
- Gangguan gastrointestinal seperti cirit-birit, kembung perut, loya
- Sakit kepala
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.