
Anonymous
5 tahun
Suntikan perancang kehamilan
hi doktor, saya baru setahun berkhawin dan berumur 26 tahun. saya dan suami belum mempunyai rancangan untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat kerana atas beberapa faktor. jadi saya mengambil suntikan kehamilan untuk setiap dua bulan. walaupun saya mngambil suntikan prncng kehamilan tapi kami tetap risau kalau2 termengadung ketika bersama. jika sperm suami ada masuk dlm vagina, adakah ianya akan menyebabkan saya mengandung??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Jika ini tidak berlaku kepada anda, ia masih normal. Suntikan ini efektif serta merta selepas suntikan. Tapi jika anda telah melakukan hubungan sebelum mendapat suntikan, anda seharusnya mengambil kontrasepsi emergency untuk mencegah kehamilan. Jika anda melakukan hubungan selepas suntikan, anda tidak perlu risau kerana peratusan mencegah kehamilan adalah tinggi.
Untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut tentang suntikan pencegah kehamilan, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih