rynnasood
6 tahun
Suntikan Perancang keluarga Depo
Saya wanita berumur 24 tahun baru 44 hari melahirkan … Saya baru pertama kali mengambil suntikan perancang depo … Soalan saya bilakah waktu yang sesuai untuk bersama dengan suami selepas mengambil suntikan tersebut ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kebimbangan yang dihadapi. Untuk makluman puan, anda akan dilindungi daripada kehamilan sebaik sahaja kedatangan haid selepas suntikan perancang. Perlindungan ini akan bertahan selama 12 minggu sehingga suntikan yang baru. Anda juga disarankan untuk menggunakan cara perancang yang lain seperti menggunakan kondom dalam minggu yang pertama selepas suntikan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































