
Sulit
3 tahun
Suntikan vaksin astrazeneca
Boleh ke ayah sy menerima suntikan itu, mempunyai penyakit jantung dan telah membuat pembedahan injap jantung pada 2008.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai hal ini. Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah jantung. Hal ini kerana kebaikan dan manfaat vaksin adalah lebih baik berbanding dengan komplikasi yang bakal terjadi sekiranya individu dijangkiti COVID-19 dimana virus ini akan membawa kemudaratan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai penyakit kronik.
Sehubungan itu, pencegahan melalui vaksin adalah digalakkan. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Anda memerlukan khidmat nasihat daripada pakar? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami .
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat .
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini