Sulit
2 tahun
Suntikan vaksin covid utk warga emas berumur 80 menghidap kolestrol tinggi
Doc, adakah bahaya untuk nenek berusia 80 yang menghidap kolestrol tinggi untuk mengambil suntikan vaksin covid Pfizer? Disebabkan kejadian di Norway yang menyebabkan kematian warga emas 80 tahun selepas suntikan, keluarga melarang nenek mengambil suntikan tersebut. Apakah jalan terbaik,Doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, warga emas yang berisiko tinggi boleh mengambil vaksin COVID-19 tidak mengira jenama. Berkenaan kematian warga emas di negara yang dimaksudkan oleh anda, kajian telah dilakukan dan mendapati kematian tersebut disebabkan oleh komplikasi penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut dan bukannya disebabkan oleh vaksin yang diberikan.
Untuk mengatasi tentangan keluarga anda, anda boleh menasihati dan menekankan kepentingan vaksin ini kepada individu yang mengambilnya dan bagaimana vaksin tersebut dapat melindungi individu tersebut dan seterusnya melindungi masyarakat secara keseluruhan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini