
Anonymous
2 tahun
Supplement chewables
Supplement Kordel’s yg pada kotaknya tertulis bovine gelatin. Country of origin is new zealand. Tiada tanda halal dari negara tersebut. Adakah ia boleh dimakan oleh orang muslim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami bukanlah orang yang arif tentang soal halal haram sesuatu makanan atau produk. Namun begitu, untuk makluman anda, bovine gelatin bermaksud produk gelatin tersebut adalah berasal dari lembu. Sekiranya datang dari luar negara adalah dikhuatiri datang dari lembu yang tidak diuruskan dengan betul oleh orang islam sendiri dan isu lain dalam penyediaannya yang boleh menyebabkan status halal sesuatu produk itu diragui. Oleh itu anda disarankan untuk tidak mengambil peroduk yang tidak disahkan halal sekiranya anda seorang muslim.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.