
Sulit
4 tahun
Supplement Rawatan Radioterapi
Hi Doc, saya mau minta pendapat doc… saya mengalami penyakit eye optic nerve meningioma dan telah menjalani pembedahan mata bulan lepas utk membuang tumor tersebut. Dan kini saya akan menjalani radioterapi utk membunuh sisa2 sel yg masih berbaki slps operation… Jadi, persoalan saya adalah adakah supplement Hemohim bagus utk diambil semasa radioterapi? sbb ramai yg mengatakan ianya bagus utk pesakit yg menjalani rawatan chemo/radio. Apa pendapat doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya akan berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza apatah lagi memandangkan anda baru sahaja mendapat rawatan radioterapi.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen tersebut mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor (yang merawat anda mahupun pakar lain yang berkaitan) secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.