
Sulit
4 tahun
Supplement Tigerus Tiger Milk Mushroom
sy wanita,berumur 39thn.pd thn 2017 sy telah di diagnosis dgn Smear Negative pulmonary tuberculosis(lung infection).sy di beri rawatan dgn ubat anti TB selama 6 bulan. untuk pengetahuan doktor, sekrg sy ada mengalami batuk tp bkn berterusan.ia biasanya d tgh mlm. tp sy tdk mengalami demam/selsema. kdg2 sy merasa x selesa utk bernafas krn terasa spt ada tekanan berat d dada. kdg2 sy merasa sgt letih. perkara ini yg sy alami seblm sy batuk berdarah & di diagnosis dgn smear -ve TB.sy ingin bertnya adakah supplement ini sesuai utk sy amalkan?supplement ini ada d jual dlm farmasi doktoroncall.terima kasih ats jwpn dn penerangan yg di berikan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen ini (Tigerus Tiger Milk Mushroom) mempunyai khasiatnya tersendiri khususnya terkait kesihatan paru-paru, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Buat sementara waktu juga anda di nasihatkan untuk
- meneruskan rawatan yang telah diberikan doktor
- lanjutkan sesi temu janji dengan doktor anda
- rekod dan laporkan sekiranya terdapat pertambahan gejala
- luahkan kerisauan anda sekiranya pengubatan saat ini dirasakan tidak berkesan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.