
Sulit
4 tahun
Supplement untuk pesakit tiroid
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya wanita berumur 38 tahun. Belum berkahwin.
Saya telah menjalani total thyrodectomy pada hujung tahun 2019 dan perlu mengambil thyroxine dan calcium carbonate seumur hidup.
Pertanyaan saya:
Apakah supplement tambahan yang sesuai bagi mengoptimumkan kesihatan saya. Saya mengalami kulit kering dan cepat letih selepas balik kerja. Saya bercadang untuk mengambil kolagen atau vitamin untuk kulit dan tenaga.
Bolehkan Dr cadangkan vitamin, kolagen atau makanan tambahan yang sesuai untuk masalah saya itu dan boleh diambil bersama dengan ubat tiroid?
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang informasi produk supplemen. Akan tetapi, oleh kerana ianya andalah makanan tambahan dan bukannya ubat untuk rawatan, maka tidak ada kajian yang mendalam mengenai kesan sampingan supplemen. Maka kami hanya boleh mengesyorkan anda mengikuti nasihat doktor dan meneruskan memakan ubat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.