
Sulit
2 tahun
Supplement untuk wanita umur 40 an
Saya wanita yang berumur 42 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sy tidak mempunyai apa apa masalah kesihatan kecuali berat badan 84 kg dengan ketinggian yg sederhana wanita asia. Untuk memastikan kesihatan yg baik, apakah supplement terbaik yg boleh diambil utk wanita yg berumur 40 an.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika berat anda memiliki BMI yang berlebihan, anda disarankan untuk:
- Beriadah bagi menghilangkan berat badan (30 minit 5 kali seminggu)
- Makan-makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang tidak berlebihan
Supplement kebiasaannya tidak diperlukan jika anda melakukan aktiviti diatas. Hal ini kerana makanan berkhasiat sudah cukup untuk menepati khasiat yang diperlukan badan. Manakala, risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis akan dikawal dengan aktiviti beriadah yang mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.