
Sulit
5 tahun
Supplement/vitamin yang disaranakan/sesuai untuk meningkatkan sistem imun badan
Saya akan ke vietnam pada 19-23 Mac ini.saya juga telah menyiapkan diri untuk langkah berjaga-jaga dari virus covid-19.saya juga akan membawa bersama face mask,sabun dettol dan hand sanitizer.selain ini,saya ingin tahu vitamin apa yang sesuai untuk menguatkan antibodi dari demam, batuk n selsema.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, supplement untuk menguatkan antibodi tidak terbukti boleh membantu menguatkan sistem imun. Maka, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang supplemen yang boleh melindungi anda daripada virus tersebut.
Namun, kami bersetuju dengan langkah pencegahan yang anda laksanakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.