
wanasirah
4 tahun
Supplement yang terbaik untuk hamil cepat
Saya wanita berusia 30 tahun. Apakah supplement yang terbaik untuk cepat hamil. Bagi wanita yg berat badannya 65, tggi 156 .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada pelan kesihatan yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa beberapa suplemen di pasaran mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Antara perkara lain yang anda boleh lakukan dalam usaha mendapat zurait pula termasuk
- amalkan pemakanan yang berkhasiat
- memastikan berat badan anda ideal dan sihat
- jauhi eksesais atau senaman yang terlalu intensif
- melakukan hubungan intim selang sehari pada waktu fertile window
Anda juga perlu tahu bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).