
Sulit
4 tahun
Susah berak lebih 6 bulan
Saya dulu suka tahan berak dan tpi selepas tu saya pernah kena sembelit.sekarang dah 6 bulan saya rasa berak tak puas.tapi tak ada darah cuma sukar untuk keluarkan taik tu dan kadang2 saya terpaksa guna jari untuk keluarkan taik tu.saya rasa sakit perut adakan ini kerana taik tersebut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan serat dan jika masalah ini masih berlarutan serta and perasan terjadinya simptom berikut, silalah pergi berjumpa doktor. Simptom berikut:
- darah
- sakit yang berlarutan
- kurang selera makan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.