Sulit
3 tahun
Susah bernafas dada terasa ditekan
Selamat sejahtera doctor. Saya berusia 23 tahun dan mengalami masalah susah bernafas hampir 5 hari. Saya telah melakukan rapid test melalui nasal swab dan keputusan adalah negative.
Saya merasa seperti susah untuk menarik nafas, seperti ada yang menghalang di dada. Saya perlu menarik nafas dengan kuat dan ia menyebabkan bahagian dada saya seperti ditekan.
Saya telah membuat bacaan melalui google dan kemungkinan juga berat badan saya menjadi punca masalah yang saya hadapi ini. Sekiranya masalah ini disebabkan berlebihan berat badan, normalkah masalah susah bernafas ini terjadi secara tiba2 dan tidak berhenti selama 5 hari?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Anda juga telah berjumpa dengan doktor tetapi tiada punca diketahui sehingga kini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda perlu berjumpa dengan doktor sekali lagi bagi pemeriksaan dapat dibuat.
Oleh itu, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT ( Pulmonary function test ) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.