
Sulit
3 tahun
Susah bernafas dan sakit dada
Saya lelaki berumur awal 30an,june tahun lepas saya berasa sakit di dada ketika di tempat kerja dan terasa susah bernafas. Semasa terjadi, jantung saya laju dan terasa seperti lemas kerana kurang oksigen. Ini terjadi 2 kali, pada waktu siang dan malam pada hari yg sama. Saya pergi ke unit kecemasan dan doc mengatakan radang. Tetapi hari ini terjadi lagi,selepas saya pulang kerja,dan melakukan sedikit riadah dia rumah. Boleh saya tahu ape punca dan cara pencegahan nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada sebelah kiri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Elakkan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan untuk mendapat serangan jantung adalah tinggi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.