
Sulit
2 tahun
Susah bernafas dan terasa sakit dibahagian belakang dada
nafas seakan tidak sampai apabila ditarik penuh… dan terasa sedikit sakit dibahagian belakang dada… apakah sy mngalami masalah kesihatan serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tidak puas bernafas yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Anemia anda
- Penyakit asma
- Alahan - pada debu atau asap
- Penyakit jantung lemah
- Penyakit darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism)
- Pneumothorax - iaitu paru-paru bocor
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan tiada perkara yang lebih serius berlaku. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.