
nursyuhada170
2 tahun
Susah bernafas selama seminggu
saya seorang ibu berusia 26 tahun , dalam seminggu ni saya susah untuk bernafas … saya perlu menguap untuk bernafas … adakah kolestrol yang tinggi penyebabnya ?? saya kurus berat bdan 43 kg dengan ketinggian 163 cm … saya juga pernah menghidap jangkitan kuman dalam paru2 sebanyak 2 kali , dan nenek saya pun menghidap penyakit yang sama sekarang dan saya hari2 melawat beliau … adakah itu salah satu faktor ?? perlukah saya berjumpa doktor ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sesak nafas, antaranya:
- Masalah jangkitan paru-paru
- Masalah pernafasan seperti asma
- Masalah jantung
- Anemia
- Radang paru-paru atau saluran pernafasan
Oleh kerana anda pernah mengalami jangkitan paru-paru dan telah kerap melawat orang sakit, terdapat kemungkinan anda terdedah kepada kuman jangkitan. Namun pemeriksaan haruslah dijalankan serta maklumat lanjut daripada anda haruslah didapati sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disarankan untuk berjumpa doktor dan merawat masalah ini dengan lebih lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.