Anonymous
6 tahun
Susah Buang Air besar
Saya lelaki umur 28 tahun…
Dalam sebulan dua ini nafsu makan saya bertambah tetapi sukar untuk buang air besar…seminggu dalam 2 kali sahaja
Dalam seminggu ini muncul 2 bintik merah di badan apabila ditekan ia sangat sakit dia bawah dada kiri dan perut kanan…
Dan badan saya kerap sakit di bahagian kiri bahu leher…
Adakah kerana saya terlalu mengambil pil vitamin secara berlebihan???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Pengaruh gaya hidup
Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Antara yang boleh dilakukan untuk membantu mengatasi masalah ini adalah:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























