Sulit
3 tahun
Susah hendak menelah air liur
Sebelum ramadan tekan saya ok je tetapi bila susah ramadan berpuasa saya rasa susah nk menelan air liur mungkin saya kurang minum air ke ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sebab untuk menyebabkan sukar untuk menelan air liur. Antaranya ialah
- pengambilan makanan berkanji yang terlalu banyak
- gastroesophageal reflux (penyakit asid perut naik ke atas)
- bengkak pada kelenjar tonsil
- jangkitan pada kerongkong (phrayngitis)
- kelenjar air liur yang terlampau aktif
- masalah saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.