Sulit
3 tahun
Susah nak nafas, tekak gatal nak batuk
Saya wanita, umur 20an. Baru pulang Dari UK 2-3 hari, saya tak demam, Tak sakit Tekak. Tapi mula susah nak nafas Dan sikit sikit batuk, apa Harus saya buat Sekarang? Saya sedang quarantine seorang di rumah sekarang, tidak tinggal dengan family saya.
5 tahun
Saya memahami bahawa anda kini sedang kuarantin dan mengalami masalah susah bernafas.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Jangkitan COVID-19
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































