
Anonymous
4 tahun
Susah nak telan makanan
Saya baru sahaja cabut wisdom tooth, doc bagi antibiotic dengan ibuprofen. Tapi selang beberapa hari, ibuprofen sy telah habis dan sakit kepala yg berdenyut kerana gigi sy masih terasa. Saya pun pegi klinik gigi yg lain, kemudian doc gigi itu bagi saya meloxicam makan sebiji sehari. Selepas makan dua hari berturut , saya merasakan dekat anak tekak saya ada ulcer, ada kah ianya berpunca daripada ubat itu? Dan rata2 mengatakan bahawa makan ice cream vanilla boleh mengurangkan ulcer itu. Tetapi setelah saya makan ice cream itu ulcer saya semakin besar dan saya susah untuk tidur malam. Apa kah yg perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesan sampingan meloxicam ialah :
Sakit perut
Luka, ulser, atau bintik putih di bibir atau lidah atau di dalam mulut
Senak
Loya
Sakit perut
Dispepsia
Muntah
Gatal-gatal atau ruam pada kulit
Kemungkinan, ulcer di tekak itu disebabkan oleh kesan sampingan ubat Meloxicam. Namun sakit tekak dan sukar menelan boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih