
Sulit
4 tahun
Susah tidur ,stress dan selera makan berkurangan
Saya berumur 16.masih pelajar sekolah.saya mempunyai masalah sukar tidur.kadang kala saya tidak tidur selama sehari.selera makan saya juga berkurang.saya hilang minat terhadap sesuatu.adakah insomnia berkait rapat dengan depress ? Bagaimnakah cara untuk menanganinya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depressi sehingga anda sukar tidur dan kurang minat sesuatu.
Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.
Namun, kemungkinan besar masalah depressi dan panas baran boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan sekolah anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.