
aidahadirah30
5 tahun
Susah untuk bernafas dan kaki bengkak
Ayah umur 52 dia mengalami masalah susah untuk bernafas dan kaki nya bengkak. Ayah saya jalan sekejap pun tercungap-cungap dan tidak mampu untuk berjalan dengan lama. Macam mana untuk mengetasi masalah tersebut. Sudah 2 bulan penyakit ini tidak surut-surut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang ayah anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Ayah anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana gejala ayah anda adalah serius dan punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.