
Sulit
4 tahun
Susah untuk buang air kecil dan apabila paksa hendak buang air kecil, selalu rasa nak termuntah dah terberak. Saya takut doc apa apa terjadi dekat saya
Saya wanita umur 19. Saya susah untuk kencing. Apabila saya paksa untuk kencing, saya akan rasa nak terberak dan nak termuntah . Jadi saya selalu akan berak dan muntah. Kenapa jadi macam tu doc? Terima kasih doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar kencing yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Masalah saraf
- Jangkitan kuman
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Batu karang di dalam pundi kencing
- Masalah sembelit
- Saluran kencing yang sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.