
Anonymous
5 tahun
Susah untuk buang air kecil
Ayah saya berumur 61 tahun. Dia susah untuk buang air kecil… Sekarang mula pakai tiub yg dimasuk kn kedalm kemaluan nya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah sukar kencing bagi lelaki lanjut usia mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara:
Saluran kencing sempit atau tersumbat :
- Jangkitan kelenjar prostat,
- Pembengkakan kelenjar prostat samada kanser atau bukan kanser
- Batu karang yang tersumbat di uretra
Kerosakan pada pundi kencing
Kerosakan saraf yang mengawal fungsi pundi kencing :
- Kerosakan saraf tunjang akibat kecederaan, jangkitan atau kanser.
- Ubat-ubatan tertentu yang bolen mengganggu fungsi saraf dan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang ayah anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.